Saturday, April 23, 2011

Inilah masanya...


Assalamualaikum..ok..ini adalah entry terakhir aku yg dapat aku coretkan sebagai student UPSI..mungkin selepas ini, aku akan berkongsi tetapi bukan lagi sebagai student tetapi sebagai insan lain..mgkin pendidik?? masih terlalu awal untuk menerima gelaran itu...jauh lagi......

Inilah masanya yang paling sesuai untuk aku katakan yang cukuplah setakat ini sahaja....cukuplah sampai di sini sahaja...

Inilah masanya untuk aku mengorak langkah lebih jauh meninggalkan hari2 semalam yg memang pudar...lesu..kusam..nostalgia...hari2 semalam yg sentiasa menyelubungi diriku dengan kedukaan, kesedihan, kepayahan...

Semoga aku dipertemukan dengan jalan kebahagian yang abadi....aminn.....

Monday, April 4, 2011

Pilihan Hati

Setiap orang ada pilihan hati..xkisah lah dlm memilih apa sekalipun baju ke, kasut ke, perfume ke..yg paling penting berkenan di hati & itulah yg menjadi PILIHAN HATI..ok kalau tanya aku, warna pilihan hati aku tentulah warna....P.U.R.P.L.E..warna ni mmg dah jadi kesukaan aku sejak dulu lagi & memang diketahui oleh rakan2 baik..selain purple..pilihan hati aku warna hijau..ok, kalau tnya bab perwatakan, aku suka org yg jenis KELAKAR n SIMPLE..maksudnya, pandai la hiburkan hati aku & mesra..senang berkawan dgn org yg jenis mcm ni..

Sebut tentang kelakar..aku minat ngan sorang mamat ni..dia memang kelakar & paling penting dia mmg cute.. 1st time kenal, aku xberapa minat sgt..sekadar tgok mcm tu je...& lama2 dengan kelakar2 dia, buat hari2 aku menjadi semakin HAPPY..bak kata org kurang lah sikit tekanan dan bebanan..w/pun sikit at least kurang la jugak kan....& orang itu xlain xbukan tentulah ZIZAN...eemm..mmg suka sgt dgn jenaka2 nya...

zizan as a teacher..sebenarnya..dlm dunia perguruan sendiri pun..
unsur HUMOR tu musti ada sesuai dgn keadaan dan masa..


Sekali sekala tengok zizan ni serius best jugak....
mcm dlm video ni..zizan jadi rappers..

yea..zizan mmg terbaek...!!!

Errmm..dan buat masa skrg, ZIZAN adalah pilihan hati aku..dan yg paling penting aku terhibur dengan gelagatnya yg bersahaja...semoga ada insan sebegini di sisi aku..hehe..

Wednesday, March 30, 2011

Rahsia Disebalik Warna Bunga R.O.S...

Sebelum ni..entre tentang bunga & n entre kali ni tentang makna di sebalik warna kuntuman bunga tersebut. Pasti hati kita sering tertanya-tanya apa makna warna bunga ros yang pernah diterima. Adakah ia melambangkan rasa kasih, cinta, simpati ataupun sekadar teman biasa sahaja? Sebenarnya, bunga ros mempunyai pelbagai warna yg mengandungi maksud tersirat. Jadi, kita kena tahu maksud warna jambangan bunga yang kita terima tu, takut nanti tersalah andaian...diri sendiri yang malu. Di sini, ada beberapa andaian tentang maksud tersirat di sebalik warna bunga ros. So, cheak it out........

Bunga Ros Merah
Si dia mencintaimu setulus hati dan ingin bersamamu selamanya. 


Bunga Ros Kuning
Si dia mahu kamu menjadi sahabatnya atau ia menandakan
perasaan cemburu terhadap kamu.

Bunga Ros Peach
Tanda simpati kepada seseorang. Sesuai diberikan
kepada mereka yg sdg dalam kesedihan.








Bunga Ros Putih
Rasa cinta yg ada dlm dirinya adalah cinta sejati
dan sesuci ros putih ini.
Bunga Ros Merah Jambu
Kamu adalah cinta pertama si dia dan ini menjadi rahsianya
sejak sekian lama. Maknanya kamu adalah insan yg menjadi
idamannya selama ini.
Bunga Ros Ungu
Kamulah cinta pandang pertamanya.





BUNGA vs WANITA

Bunga..satu perkataan yang memberikan banyak pengertian..bila bercakap tentang bunga, kita akan membayangkan sesuatu yang amat indah..bunga yang cantik..bunga yg segar..bunga yg wangi dan mengharumkan dan semuanya tentang bunga adalah indah2 belaka pada pandangan mata kita. Bunga juga memang tidak dapat lari dalam hidup manusia. Masakan tidak bunga menjadi simbol kebanggaan dan kejayaan. Contoh yang paling jelas tentulah B.U.N.G.A R.A.Y.A yang menjadi simbol bagi negara kita..

Bunga juga menjadi perhiasan indah bagi pentas2 keramaian dan tidak terkecuali bunga juga di hadiahkan time konvo..bila sebut tentang K.O.N.V.O...tak lama lagi, aku juga akan berkonvo dan tentulah aku mengidamkan jambangan bunga2 segar di hari bersejarahku itu..tidak kisahlah bunga tu dihadiahkan oleh sesiapa tapi yg penting memang aku nk bunga..kalau takde sesiapa yg nk hadiahkan..aku akan pastikan aku beli sendiri je jambangan bunga tue..hehehehe..yg penting A.D.A...

Di sini aku nak share photo2 bunga yg sangat indah dan yg tentunya sangat segar pada pandangan mata..bunga ni juga sentiasa jadi inspirasi hidup aku..Aku akan pastikan bunga2 ni akan jadi penghias bagi desktop...so..sama2 kita menikmatai keindahan ciptaan Tuhan ini yea...



Dalam banyak2 bunga..aku paling suka kombinasi bunga ros nie..
tampak segar dan ada unsur-unsur romantika..hehe
Bunga ros ni kalau dapat time konvo nmpk agak suram sikit sbb
mungkin warnanya yg agak lembut..jadi elakkan beli bunga yg
suram2 ok..
Ni bunga matahari..dulu masa kecik2 ingat lagi, kt rumah aku
ada pokok bunga ni..nmpk ceria sikit lah rumah ketika tu..
dihiasi kuntuman bunga2 matahari..tapi sekarang bunga
dan pokok tu pun dah xada lagi..

Bunga ros biru...eemm, unik kan warna bunga ni...

Jambangan bunga ni tampak menarik perhatian. Jambangan
bunga ros peach ni mengingatkan aku pada jambangan
yg pernah diterima....

Bunga tulip ni adalah bunga kesukaan sahabat baik saya..
namanya R.I.Z.A..hehe

Bunga Ros Kuning..jambangan ni cantik kalau jadi
perhiasan di pelaminan..sangat menarik kalau kelopaknya
ditabur di lantai pelamin dan menjadi
cenderahati bagi para jemputan.



Tuesday, March 22, 2011

Hanya Dikau..

Hanya dikau dalam hati...
Hanya dikau dalam mimpi...
Aku ingin terus bersamamu..
Walau harus tempuh angin lalu.....



Aku suka dengar lagu ni...hati rasa tenang dan rasa relax je..so, enjoy this song....sekadar utk hiburan hati sendiri.........

Maniskan yang Pahit...

Tak sampai 1 bulan aku akan meninggalkan bumi Tanjong Malim..selama 4 tahun aku disini, banyak kenangan manis..pahit yg tersimpul rapi dalam lipatan memori..Semua yang manis2 aku simpan kemas..boleh jgk diimbas-imbas kembali..kenangan kt sini mmg byk mengajarku erti kehidupan..erti persahabatan..erti pengorbanan dan erti kesabaran..mana mungkin aku kekal di sini tanpa adanya kesemua itu...semua ni berkat kesabaran dan juga kekuatan diri disertai dengan doa mak yang sangat2 aku sayangi..

Dalam menghitung hari utk melepaskan semua yg ada kini, bagai sekelip mata je aku akan habiskan baki kehidupan di sini..memang xsangka, sbb masa mula2 menjejak kaki di sini..betapa aku berkira2 "lamanya akan berada di sini" tapi kini..semua tu akan aku tempuh jg..InsyaAllah..aku sangat berharap akan menjadi insan yg benar2 tabah dalam menghadapi hari2 mendatang yg aku tahu memang sgt2 mencabar...

Tak semua kenangan yang aku ada di sini indah2 tapi aku cuba juga utk mengindahkan kenangan2 ini..mgkin bagi yg melihat sahaja xkan tahu apa yg sebenarnya yg dirasai oleh seseorang itu..macam jg aku..sangat PAHIT untuk ditelan tapi semua tu xpernah patahkan semangatku utk terus berjuang dlm mengjar cita2ku yg satu..

Selalu kita akan bercerita tentang kenangan manis tapi kali ni aku cuba nk kongsi kenangan yg aku maniskan w/pun pada hakikatnya ia memang xmanis.....hehe..1st, bila aku melangkah ke sini, satu je niat aku utk menuntut ilmu..mmg aku xterfikir benda lain selain mencari ilmu..xterfikir langsung utk mencari keseronokan duniawi di sini..mmg hingga saat ini aku benar2 seronok dengan ilmu yg aku dapat dapat dan mula jatuh cinta dlm bidang pendidikan..sungguh aku xsangka yg aku akan terjebak dlm bidang ini..alhamdulillah..2nd, persahabatan...alhamdulillah kerana temukan aku dgn sahabat2 yg mmg sehati dan sejiwa...buat asgmnt sama.makan sama2..tidur lain2 bilik lah...eermmm indahnya hidup berkawan..w/pun kadang2 ada pahitnya, aku cuba sedaya upaya utk maniskan nilai persahabatan kami..kalo ada nmpk mcm nk terelai..cepat2 kami cari penyelesaiannya..yelah,masing2 dah boleh berfikir..baik dan buruknya kan..3rd, percintaan, eermm..aku bercinta ke kt sini...????  hehe..bayangkan lah 4 tahun di sini..mcm2 org aku jumpa..yg baik, jahat (pd pandangan aku la dia tu jahat), berpura2, yg alim2 kucing..eerkkk..nnt jadi mengumpat pula kan..hehe.. tapi itulah kenyataannya....

Apa2 pun sedikit sebanyak aku dah berjaya memaniskan kenangan aku di sini..so, maknanya...semua kenangan2 aku kt sini memang manis2 lah... alhamdulillah...

Saturday, January 22, 2011

I'm Lucky Gurl..??

Tired. Disappointed. Fed up.
It's all about YOU.
No more again..
Full stop.
Promise.

Thursday, January 20, 2011

Puisi Melayu ~Terakam Seribu Kenangan~

Uda dan Dara


Uda dan dara
Bersumpah keramat cinta
Wajah seri terukir
Berbiduk hilir kasih
Uda dan dara
Bersanding tak berpelamin
Tempat yang berwali
Di laut malam saksi
Daraku nantikan abang
Emas ringgit membakar kita
Uda hamba tunggu angin lalu
Uda dan dara
Bersanding di pusara
Nisan yang bersabda
Keramat kisah cinta

~ Usman Awang

Indahnya Puisi Melayu



Prosa Air Mata

Bahawasanya air mata
tiadalah ia memilih tempat untuk jatuh...
tiadalah pula memilih waktu untuk menitis...
Air mata adalah kepunyaan bersyarikat…
dipunyai oleh orang-orang melarat yang tinggal
di dangau-dangau yang buruk oleh tukang sabit yang masuk
ke padang yang luas dan ke tebing yang curam,
dan juga oleh penghuni-penghuni gedung-gedung yang permai
dan istana-istana yang indah.
Bahkan di situ lebih banyak orang menelan ratap dan memulas tangis.
Luka di jiwa yang mereka hidapkan, dilingkung oleh tembok dinding
yang tebal dan tinggi, sehingga yang kelihatan
oleh orang luar atau yang mereka ketahui hanya
senyuman saja,
padahal senyum itu penuh dengan kepahitan

~ Usman Awang ~

Indahnya Puisi Melayu..puisi yang boleh menyentuh jiwa..merobek perasaan..menyentuh naluri kemanusiaan..Bait-bait liriknya memberikan pengertian yang amat mendalam..luv Puisi Melayu..

Sunday, January 16, 2011

WaliBand

Sukarnya Membuat Pilihan


Dua tiga hari yg lepas, lepas magrib...cik shazura rasa lapar sgt..nk mkn meegi rasa xlalu, nk mkan roti cicah air...lagi la..aaaa..so, cik shazura gagahkan diri ke cafe dekat kolej ni ajer. Sebelum sampai di cafe cik shazura terpikir2 teringin nk mkn bihun..tambah2 plk dapat mkn bihun wana putih yg dah biasa makan masa duk bertapa 3 tahun di TERENGGANU dulu..ok, sekarang dah sampai cafe n then amik bekas dan tercari2 bihun..yg ada kt sebelah bihun tu mee goreng..wawaaa...sgt harum bau mee goreng itu dan warnanya bukan main menarik lagi..terliur rasanya..makan ke x..nk amik ke x..amik la..jadi cik shazura pun amik mee goreng yg maveloues tu n then amik jugakla sikit bihun yg mmg cik shazura minat sgt tue..pas abis membayar, cik shazura xtunggu lama n balik semula ke bilik..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sediakan air tea (ini jea air yg boleh cik shazura telan sbb air2 lain cik shazura alah)..begini la idup cik shazura sbb xboleh minum air sebarangan, nnt kembong...adoiii..xlarat rasanya nk menahan kekembongan perutku..ok2, kita sambung semula..cik shazura bukan main dengan rakusnya membedal mee goreng yg maveloues itu..peerhh..aaa..eeee..ya Allah, rasa apa nie..masin bebeno teman rasa..aduii..potong betul la selera aku ni..tadi bukan main wangi dan harum dan mengancam lagi cik shazura nmpk mee goreng tu, bila time rasa..FAIL.mau xmau terpaksa la cik cik shazura makan bihun goreng yg menjadi pilihan kedua cik shazura itu..eeemmm not bad jgk rasanya..siap ada potongan ayam kecil2 lagi w/pun warna dia xla menarik perhatian sgt..jadi, mee goreng yg menawan itu cik shazura boleh memandang sepi dan akhirnya menjadi hidangan si comel aje(kucing kecik) yg ada di kolej ni..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lepas2 makan, cik shazura terpikir sejenak (berfikir sgt la baik untuk mencambahkan minda anda).. Sebenarnya,kita jgn terburu-buru dlm membuat pilihan..mcm cik shazura tadi..nmp mee goreng tu peerghh punya SODAP tapi..HUHUHU..cik shazura terpegun dengan keenakan yg dilihat hanya dari luarannya sahaja walhal, xrasa pun lagi..hanya menjangkakannya sahaja..ramalan..ramalanku xbenar belaka..adooii.. Mcm tu jgk la dlm hidup ini, kalo nk buat pilihan..teliti betul2 dulu..jgn pakai terjah aje..pantang nmpk lawa/hensem..terus la hati terpikat..padahal kita xtahu pun tah2 yg lawa/hensem tu PEMALAS + pengotor..eeiii xboleh la cik shazura bayangkan bagaimanakah itu..muka lawa/hensem perangai huduh..ooopssss..heheh..so, sebenaqnya.apa2 yg kita lakukan pikir dulu,kdg2 pilihan yg kita buat tu xtepat. kalo tepat tu mmg nasib baik sgt la yea..cik shazura juga doakan kita semua membuat pilihan yg tepat dlm menentukan masa depan kita k. hanya melihat luaran tanpa memahami isi dalaman xcukup..memang ada kebenarannya, luaran harus dijaga elok begitu jugalah di dalamnya..luaran boleh lusuh dan berkarat tetapi yg di dalam tetap kekal segar waima kita dah berusia ratusan tahun..(kalo masih hidup ye)...

Saturday, January 15, 2011

Hukum karma...


"Jgn pernah cuba utk mulakannya kerana aku tahu bagaimana pengakhirannya...
Jgn pernah cuba melafazkannya kerana aku tahu bukan itu yg kau maksudkannya....."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dua baris ayat walau nampak biasa2..byk sekali maksudnya..Ayat ni sangat2 bermakna kalo betul2 ada kena mengena denga hidup korang kan..Hidup ni indah, ada berbagai2 rupa bentuk, berwarna warni dan berbagai2 ragam dan gelagat manusia di dalamnya..selepas beberapa tahun menghirup udara di dunia yang fana ini..alhamdullillah aku amat bersyukur masih dikurniakan kudrat utk terus sujud bersyukur kepadaMu..Andai aku diberi pilihan, ingin sekali aku ulang kembali kisah2 silamku dan ku atur semula agar biar ia sempurna SESEMPURNA yg kuinginkan..tapi..sebagai hamba yg kerdil ini aku redha dengan ketentuanNya..barang yg LEPAS jgn dikenang..Jadikan hari ini lebih baik pada hari semalam dan hari akan datang lebih baik dari hari ini..sama2lah kita mencari keredhaan Allah...kerana usia muda kita jgn disia-siakan..selagi ada kudrat dan masih diberi kesempatan hidup..ingin aku ucapkan.."THANKS ALLAH" give me a beautiful life...dan Allah masih sayangkan hamba2Nya yang sentiasa taat dan patuh kepada setiap suruhan & laranganNya..semoga aku menjadi insan yang memiliki jiwa yg tabah..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wajah Hari Ini

Kepekatan malam membataskan pemandanganku
Kegelapan malam membuaikan aku dalam mimpi
Ingin sekali aku susuri jejak2 malam yg penuh cerita nya yg tersendiri
Ingin sekali aku hampiri dan kukecapi w/pun dalam kesamaran

Pabila fajar menjelama
Kepekatan malam hilang entah ke mana
Tercari2 aku pada wajah semalam
Namun tetap tidak ketemu jua

Aku bertemu dengan wajah hari ini
Yg nyata pasti berbeza dengan hari semalam
Yg nyata pasti tidak memberikan makna yg sama
Dan yg nyata pasti ia bukanlah wajah semalam yang aku cari

Yg hanya ada cuma wajah hari ini........

Nukilan : Shazura_Zakaria....10.30pm

Friday, January 14, 2011

Pernahkah.....


Pernah x korang terfikir amat sukar sekali untuk melafazkan sesuatu yang membahagiakan dan paling mudah sekali utk melafazkan kata BENCI..sbb tu bila kita tgok2 kembali, xmustahil ada org yg yang bercinta 10 tahun & dalam masa 1 hari je mereka boleh berpisah?? scary kan bunyi nye..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pernah x korang rasa bercinta hanya 1 bulan & percintaan singkat itu sentiasa dlm hati korang sepanjang masa w/pun telah berpisah..mmg xboleh nk lupakan lah w/pun kenal hanya sebentar. Myb inilah yg dikatakan sukarnya masa nk lafazkan bahagia sehinggkan bila dah berpisah pun tetap kenang n igt sampai la korang dah ada "special" yg lain...scary kan bunyi nye..weh kesian kt special korg tue tau..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pernah x korang lihat ada pasangan yg sorang cantik/hensem dan sorang lagi bole la didefinisikan sbg "si buruk rupa" hehehe...so, mmg manusia dijadikan berpasang2ngan..mmg kita xboleh nk elak siapa jodoh kita, di mana, bagaimana, siapa dan mcm2lagi lah..jadi, apa yg kita ada sudah pastinya kita perlu sgt2 berSYUKUR kerana myb itu adalah jodoh kita kan..mmg xdinafikan, semua nk yg cantik/hensem tapi xkan anda xpernah terfikir sejenak, adakah bahagia datang nya dari rupa paras?? rupa paras boleh diibaratkan sebagai kulit dan hati adalah isinya..so korang suka mkn kulit ka isi..jawab...jawab..hehehe....

Bila Cik Shazura dah bosan

Assalamualaikuma...eemmm, lama betul cik shazura xupdate blog nie. paling last xsalah bulan Okt 2010..mmg lama la tue. sebenarnya sjk 2 menjak ni sgt sibuk ngan TESIS..xsempat nk buat apa2 pun..kdg2 nk makan pun TERlupa..tapi kalo berFB tu xpenah lagi lupa sbb tu jela bnda yg bole buat time ngah boring...hahahaha. Sebenarnya, mlm ni cik shazura boring sgt2, dah xtau nk buat aper..mata xmengantuk, nk buat asgmnt MALAS pulak, nk kacau2 org semua da tido..jadi..mengupdate blog jela w/pun pada hakikatnya cik shazura mmg xsuka update blog.. hahaaha..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Eerrrmm.. petang tadi cik shazura ada terbaca satu blog...agak menarik blog dia tue..sbb dia byk ceritakan tentang kisah hidup dia n bagi pengajaran kepada pembaca. paling cik shazura xleh lupa tentang dia yg sgt sygkan MA dia...baguih betul bdk tue..sapa yg xsayangkan mak kan..cuba bgtau sapa yg xsayang MAK dia..??? nak dijadikan cerita..rupa2nya cerita ni xabis kat sini..masa cik shazura g jumpa lec utk bincang hal tesis, cik shazura TERjumpa bdk yg buat blog tue..hahahaha.. dia bdk UPSI jgk rupa2nya. jumpa real ngan dia xla sama mcm tulisan2 dia di blog tue..masa dia menulis tu nmpk mcm COOL je..tapi bila cik shazura jumpa real, ada la nmpk mcm berserabut sikit.. myb dia ada masalah dia sndiri kot kan..eermm..sbb tula, kdg2 apa yg kita rasa n apa yg kita tgok mmg jauh berbeza..sbb tu nasihat cik shazura..kalau nk menyelami hati seseorang tu jgn hanya melihat pada luarannya sahaja..cuba menyelami hati dia..sbb di situ barulah kita akan berjumpa ngan kebenarannya.. 

oklah..samapai sini dulu k.....tata..assalamualaikum..