Saturday, January 15, 2011

Hukum karma...


"Jgn pernah cuba utk mulakannya kerana aku tahu bagaimana pengakhirannya...
Jgn pernah cuba melafazkannya kerana aku tahu bukan itu yg kau maksudkannya....."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dua baris ayat walau nampak biasa2..byk sekali maksudnya..Ayat ni sangat2 bermakna kalo betul2 ada kena mengena denga hidup korang kan..Hidup ni indah, ada berbagai2 rupa bentuk, berwarna warni dan berbagai2 ragam dan gelagat manusia di dalamnya..selepas beberapa tahun menghirup udara di dunia yang fana ini..alhamdullillah aku amat bersyukur masih dikurniakan kudrat utk terus sujud bersyukur kepadaMu..Andai aku diberi pilihan, ingin sekali aku ulang kembali kisah2 silamku dan ku atur semula agar biar ia sempurna SESEMPURNA yg kuinginkan..tapi..sebagai hamba yg kerdil ini aku redha dengan ketentuanNya..barang yg LEPAS jgn dikenang..Jadikan hari ini lebih baik pada hari semalam dan hari akan datang lebih baik dari hari ini..sama2lah kita mencari keredhaan Allah...kerana usia muda kita jgn disia-siakan..selagi ada kudrat dan masih diberi kesempatan hidup..ingin aku ucapkan.."THANKS ALLAH" give me a beautiful life...dan Allah masih sayangkan hamba2Nya yang sentiasa taat dan patuh kepada setiap suruhan & laranganNya..semoga aku menjadi insan yang memiliki jiwa yg tabah..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wajah Hari Ini

Kepekatan malam membataskan pemandanganku
Kegelapan malam membuaikan aku dalam mimpi
Ingin sekali aku susuri jejak2 malam yg penuh cerita nya yg tersendiri
Ingin sekali aku hampiri dan kukecapi w/pun dalam kesamaran

Pabila fajar menjelama
Kepekatan malam hilang entah ke mana
Tercari2 aku pada wajah semalam
Namun tetap tidak ketemu jua

Aku bertemu dengan wajah hari ini
Yg nyata pasti berbeza dengan hari semalam
Yg nyata pasti tidak memberikan makna yg sama
Dan yg nyata pasti ia bukanlah wajah semalam yang aku cari

Yg hanya ada cuma wajah hari ini........

Nukilan : Shazura_Zakaria....10.30pm

No comments:

Post a Comment