Sunday, January 1, 2012

I want to be a part of your life...


Semoga kebahagiaan dan ketenangan yang dikecapi hari ini
akan sentiasa ada dalam hidupku..
Tiada siapa yang mengetahui apakah 
yang bakal berlaku pada hari esok
Siapa orang disisi kita, siapa orang yang sentiasa bersama kita,
siapa yang selalu ada dengan kita,
siapa yang selalu mendengar keluh kesah kita,
dan siapa yang ada di dalam hati kita..
Hanya masa yang menentukan segalanya..
Thanks Allah...:-)


Apa yang dikata...


Bohonglah kalau aku katakan 
yang aku tidak terasa dgn semua ini..
Tipulah kalau aku katakan 
yang aku  tidak sedih...
Dusta belaka kalau aku katakan 
yang aku terima semua ini seadanya..

Saturday, April 23, 2011

Inilah masanya...


Assalamualaikum..ok..ini adalah entry terakhir aku yg dapat aku coretkan sebagai student UPSI..mungkin selepas ini, aku akan berkongsi tetapi bukan lagi sebagai student tetapi sebagai insan lain..mgkin pendidik?? masih terlalu awal untuk menerima gelaran itu...jauh lagi......

Inilah masanya yang paling sesuai untuk aku katakan yang cukuplah setakat ini sahaja....cukuplah sampai di sini sahaja...

Inilah masanya untuk aku mengorak langkah lebih jauh meninggalkan hari2 semalam yg memang pudar...lesu..kusam..nostalgia...hari2 semalam yg sentiasa menyelubungi diriku dengan kedukaan, kesedihan, kepayahan...

Semoga aku dipertemukan dengan jalan kebahagian yang abadi....aminn.....

Monday, April 4, 2011

Pilihan Hati

Setiap orang ada pilihan hati..xkisah lah dlm memilih apa sekalipun baju ke, kasut ke, perfume ke..yg paling penting berkenan di hati & itulah yg menjadi PILIHAN HATI..ok kalau tanya aku, warna pilihan hati aku tentulah warna....P.U.R.P.L.E..warna ni mmg dah jadi kesukaan aku sejak dulu lagi & memang diketahui oleh rakan2 baik..selain purple..pilihan hati aku warna hijau..ok, kalau tnya bab perwatakan, aku suka org yg jenis KELAKAR n SIMPLE..maksudnya, pandai la hiburkan hati aku & mesra..senang berkawan dgn org yg jenis mcm ni..

Sebut tentang kelakar..aku minat ngan sorang mamat ni..dia memang kelakar & paling penting dia mmg cute.. 1st time kenal, aku xberapa minat sgt..sekadar tgok mcm tu je...& lama2 dengan kelakar2 dia, buat hari2 aku menjadi semakin HAPPY..bak kata org kurang lah sikit tekanan dan bebanan..w/pun sikit at least kurang la jugak kan....& orang itu xlain xbukan tentulah ZIZAN...eemm..mmg suka sgt dgn jenaka2 nya...

zizan as a teacher..sebenarnya..dlm dunia perguruan sendiri pun..
unsur HUMOR tu musti ada sesuai dgn keadaan dan masa..


Sekali sekala tengok zizan ni serius best jugak....
mcm dlm video ni..zizan jadi rappers..

yea..zizan mmg terbaek...!!!

Errmm..dan buat masa skrg, ZIZAN adalah pilihan hati aku..dan yg paling penting aku terhibur dengan gelagatnya yg bersahaja...semoga ada insan sebegini di sisi aku..hehe..

Wednesday, March 30, 2011

Rahsia Disebalik Warna Bunga R.O.S...

Sebelum ni..entre tentang bunga & n entre kali ni tentang makna di sebalik warna kuntuman bunga tersebut. Pasti hati kita sering tertanya-tanya apa makna warna bunga ros yang pernah diterima. Adakah ia melambangkan rasa kasih, cinta, simpati ataupun sekadar teman biasa sahaja? Sebenarnya, bunga ros mempunyai pelbagai warna yg mengandungi maksud tersirat. Jadi, kita kena tahu maksud warna jambangan bunga yang kita terima tu, takut nanti tersalah andaian...diri sendiri yang malu. Di sini, ada beberapa andaian tentang maksud tersirat di sebalik warna bunga ros. So, cheak it out........

Bunga Ros Merah
Si dia mencintaimu setulus hati dan ingin bersamamu selamanya. 


Bunga Ros Kuning
Si dia mahu kamu menjadi sahabatnya atau ia menandakan
perasaan cemburu terhadap kamu.

Bunga Ros Peach
Tanda simpati kepada seseorang. Sesuai diberikan
kepada mereka yg sdg dalam kesedihan.








Bunga Ros Putih
Rasa cinta yg ada dlm dirinya adalah cinta sejati
dan sesuci ros putih ini.
Bunga Ros Merah Jambu
Kamu adalah cinta pertama si dia dan ini menjadi rahsianya
sejak sekian lama. Maknanya kamu adalah insan yg menjadi
idamannya selama ini.
Bunga Ros Ungu
Kamulah cinta pandang pertamanya.





BUNGA vs WANITA

Bunga..satu perkataan yang memberikan banyak pengertian..bila bercakap tentang bunga, kita akan membayangkan sesuatu yang amat indah..bunga yang cantik..bunga yg segar..bunga yg wangi dan mengharumkan dan semuanya tentang bunga adalah indah2 belaka pada pandangan mata kita. Bunga juga memang tidak dapat lari dalam hidup manusia. Masakan tidak bunga menjadi simbol kebanggaan dan kejayaan. Contoh yang paling jelas tentulah B.U.N.G.A R.A.Y.A yang menjadi simbol bagi negara kita..

Bunga juga menjadi perhiasan indah bagi pentas2 keramaian dan tidak terkecuali bunga juga di hadiahkan time konvo..bila sebut tentang K.O.N.V.O...tak lama lagi, aku juga akan berkonvo dan tentulah aku mengidamkan jambangan bunga2 segar di hari bersejarahku itu..tidak kisahlah bunga tu dihadiahkan oleh sesiapa tapi yg penting memang aku nk bunga..kalau takde sesiapa yg nk hadiahkan..aku akan pastikan aku beli sendiri je jambangan bunga tue..hehehehe..yg penting A.D.A...

Di sini aku nak share photo2 bunga yg sangat indah dan yg tentunya sangat segar pada pandangan mata..bunga ni juga sentiasa jadi inspirasi hidup aku..Aku akan pastikan bunga2 ni akan jadi penghias bagi desktop...so..sama2 kita menikmatai keindahan ciptaan Tuhan ini yea...



Dalam banyak2 bunga..aku paling suka kombinasi bunga ros nie..
tampak segar dan ada unsur-unsur romantika..hehe
Bunga ros ni kalau dapat time konvo nmpk agak suram sikit sbb
mungkin warnanya yg agak lembut..jadi elakkan beli bunga yg
suram2 ok..
Ni bunga matahari..dulu masa kecik2 ingat lagi, kt rumah aku
ada pokok bunga ni..nmpk ceria sikit lah rumah ketika tu..
dihiasi kuntuman bunga2 matahari..tapi sekarang bunga
dan pokok tu pun dah xada lagi..

Bunga ros biru...eemm, unik kan warna bunga ni...

Jambangan bunga ni tampak menarik perhatian. Jambangan
bunga ros peach ni mengingatkan aku pada jambangan
yg pernah diterima....

Bunga tulip ni adalah bunga kesukaan sahabat baik saya..
namanya R.I.Z.A..hehe

Bunga Ros Kuning..jambangan ni cantik kalau jadi
perhiasan di pelaminan..sangat menarik kalau kelopaknya
ditabur di lantai pelamin dan menjadi
cenderahati bagi para jemputan.



Tuesday, March 22, 2011

Hanya Dikau..

Hanya dikau dalam hati...
Hanya dikau dalam mimpi...
Aku ingin terus bersamamu..
Walau harus tempuh angin lalu.....



Aku suka dengar lagu ni...hati rasa tenang dan rasa relax je..so, enjoy this song....sekadar utk hiburan hati sendiri.........