Wednesday, March 30, 2011

Rahsia Disebalik Warna Bunga R.O.S...

Sebelum ni..entre tentang bunga & n entre kali ni tentang makna di sebalik warna kuntuman bunga tersebut. Pasti hati kita sering tertanya-tanya apa makna warna bunga ros yang pernah diterima. Adakah ia melambangkan rasa kasih, cinta, simpati ataupun sekadar teman biasa sahaja? Sebenarnya, bunga ros mempunyai pelbagai warna yg mengandungi maksud tersirat. Jadi, kita kena tahu maksud warna jambangan bunga yang kita terima tu, takut nanti tersalah andaian...diri sendiri yang malu. Di sini, ada beberapa andaian tentang maksud tersirat di sebalik warna bunga ros. So, cheak it out........

Bunga Ros Merah
Si dia mencintaimu setulus hati dan ingin bersamamu selamanya. 


Bunga Ros Kuning
Si dia mahu kamu menjadi sahabatnya atau ia menandakan
perasaan cemburu terhadap kamu.

Bunga Ros Peach
Tanda simpati kepada seseorang. Sesuai diberikan
kepada mereka yg sdg dalam kesedihan.








Bunga Ros Putih
Rasa cinta yg ada dlm dirinya adalah cinta sejati
dan sesuci ros putih ini.
Bunga Ros Merah Jambu
Kamu adalah cinta pertama si dia dan ini menjadi rahsianya
sejak sekian lama. Maknanya kamu adalah insan yg menjadi
idamannya selama ini.
Bunga Ros Ungu
Kamulah cinta pandang pertamanya.





BUNGA vs WANITA

Bunga..satu perkataan yang memberikan banyak pengertian..bila bercakap tentang bunga, kita akan membayangkan sesuatu yang amat indah..bunga yang cantik..bunga yg segar..bunga yg wangi dan mengharumkan dan semuanya tentang bunga adalah indah2 belaka pada pandangan mata kita. Bunga juga memang tidak dapat lari dalam hidup manusia. Masakan tidak bunga menjadi simbol kebanggaan dan kejayaan. Contoh yang paling jelas tentulah B.U.N.G.A R.A.Y.A yang menjadi simbol bagi negara kita..

Bunga juga menjadi perhiasan indah bagi pentas2 keramaian dan tidak terkecuali bunga juga di hadiahkan time konvo..bila sebut tentang K.O.N.V.O...tak lama lagi, aku juga akan berkonvo dan tentulah aku mengidamkan jambangan bunga2 segar di hari bersejarahku itu..tidak kisahlah bunga tu dihadiahkan oleh sesiapa tapi yg penting memang aku nk bunga..kalau takde sesiapa yg nk hadiahkan..aku akan pastikan aku beli sendiri je jambangan bunga tue..hehehehe..yg penting A.D.A...

Di sini aku nak share photo2 bunga yg sangat indah dan yg tentunya sangat segar pada pandangan mata..bunga ni juga sentiasa jadi inspirasi hidup aku..Aku akan pastikan bunga2 ni akan jadi penghias bagi desktop...so..sama2 kita menikmatai keindahan ciptaan Tuhan ini yea...



Dalam banyak2 bunga..aku paling suka kombinasi bunga ros nie..
tampak segar dan ada unsur-unsur romantika..hehe
Bunga ros ni kalau dapat time konvo nmpk agak suram sikit sbb
mungkin warnanya yg agak lembut..jadi elakkan beli bunga yg
suram2 ok..
Ni bunga matahari..dulu masa kecik2 ingat lagi, kt rumah aku
ada pokok bunga ni..nmpk ceria sikit lah rumah ketika tu..
dihiasi kuntuman bunga2 matahari..tapi sekarang bunga
dan pokok tu pun dah xada lagi..

Bunga ros biru...eemm, unik kan warna bunga ni...

Jambangan bunga ni tampak menarik perhatian. Jambangan
bunga ros peach ni mengingatkan aku pada jambangan
yg pernah diterima....

Bunga tulip ni adalah bunga kesukaan sahabat baik saya..
namanya R.I.Z.A..hehe

Bunga Ros Kuning..jambangan ni cantik kalau jadi
perhiasan di pelaminan..sangat menarik kalau kelopaknya
ditabur di lantai pelamin dan menjadi
cenderahati bagi para jemputan.



Tuesday, March 22, 2011

Hanya Dikau..

Hanya dikau dalam hati...
Hanya dikau dalam mimpi...
Aku ingin terus bersamamu..
Walau harus tempuh angin lalu.....



Aku suka dengar lagu ni...hati rasa tenang dan rasa relax je..so, enjoy this song....sekadar utk hiburan hati sendiri.........

Maniskan yang Pahit...

Tak sampai 1 bulan aku akan meninggalkan bumi Tanjong Malim..selama 4 tahun aku disini, banyak kenangan manis..pahit yg tersimpul rapi dalam lipatan memori..Semua yang manis2 aku simpan kemas..boleh jgk diimbas-imbas kembali..kenangan kt sini mmg byk mengajarku erti kehidupan..erti persahabatan..erti pengorbanan dan erti kesabaran..mana mungkin aku kekal di sini tanpa adanya kesemua itu...semua ni berkat kesabaran dan juga kekuatan diri disertai dengan doa mak yang sangat2 aku sayangi..

Dalam menghitung hari utk melepaskan semua yg ada kini, bagai sekelip mata je aku akan habiskan baki kehidupan di sini..memang xsangka, sbb masa mula2 menjejak kaki di sini..betapa aku berkira2 "lamanya akan berada di sini" tapi kini..semua tu akan aku tempuh jg..InsyaAllah..aku sangat berharap akan menjadi insan yg benar2 tabah dalam menghadapi hari2 mendatang yg aku tahu memang sgt2 mencabar...

Tak semua kenangan yang aku ada di sini indah2 tapi aku cuba juga utk mengindahkan kenangan2 ini..mgkin bagi yg melihat sahaja xkan tahu apa yg sebenarnya yg dirasai oleh seseorang itu..macam jg aku..sangat PAHIT untuk ditelan tapi semua tu xpernah patahkan semangatku utk terus berjuang dlm mengjar cita2ku yg satu..

Selalu kita akan bercerita tentang kenangan manis tapi kali ni aku cuba nk kongsi kenangan yg aku maniskan w/pun pada hakikatnya ia memang xmanis.....hehe..1st, bila aku melangkah ke sini, satu je niat aku utk menuntut ilmu..mmg aku xterfikir benda lain selain mencari ilmu..xterfikir langsung utk mencari keseronokan duniawi di sini..mmg hingga saat ini aku benar2 seronok dengan ilmu yg aku dapat dapat dan mula jatuh cinta dlm bidang pendidikan..sungguh aku xsangka yg aku akan terjebak dlm bidang ini..alhamdulillah..2nd, persahabatan...alhamdulillah kerana temukan aku dgn sahabat2 yg mmg sehati dan sejiwa...buat asgmnt sama.makan sama2..tidur lain2 bilik lah...eermmm indahnya hidup berkawan..w/pun kadang2 ada pahitnya, aku cuba sedaya upaya utk maniskan nilai persahabatan kami..kalo ada nmpk mcm nk terelai..cepat2 kami cari penyelesaiannya..yelah,masing2 dah boleh berfikir..baik dan buruknya kan..3rd, percintaan, eermm..aku bercinta ke kt sini...????  hehe..bayangkan lah 4 tahun di sini..mcm2 org aku jumpa..yg baik, jahat (pd pandangan aku la dia tu jahat), berpura2, yg alim2 kucing..eerkkk..nnt jadi mengumpat pula kan..hehe.. tapi itulah kenyataannya....

Apa2 pun sedikit sebanyak aku dah berjaya memaniskan kenangan aku di sini..so, maknanya...semua kenangan2 aku kt sini memang manis2 lah... alhamdulillah...